Wednesday 30 November 2016

Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua

Pasangan suami isteri ini berkongsi kisah suka duka dunia perniagaan dalam rancangan Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua
CINTA terhadap dunia tekstil membawa dua individu ini nekad membina empayar perniagaan sendiri.

Meski berlainan bangsa namun kedua-duanya begitu serasi untuk mengukuhkan jenama dalam industri tekstil tanah air.

Tidak betah menyimpan sendiri hasil tuaian yang diraih, kedua-dua individu ini berkongsi pengalaman berharganya untuk dijadikan inspirasi buat usahawan di luar sana.

Maka, lahirlah sebuah rancangan travelog berjudul Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua yang kini bersiaran menerusi saluran 106, Astro Oasis pada setiap Ahad jam 7.30pm.

Rancangan yang kini sudah ditayangkan untuk empat episod bermula 30 Oktober 2016 antara lain memprotretkan kisah kehidupan suka duka dua individu tersebut iaitu Nur Asysikin Rahmat dan Ishaq Tang Guo Hua selaku watak utama sepanjang rancangan.

Menurut Nur Asysikin, program ini adalah bingkisan istimewa buat pencinta fabrik dari jenamanya, Asyikin Exclusive.

“Saya ingin membawa penonton menyelusuri pengalaman perniagaan tekstil melalui sentuhan perkongsian jatuh bangun dan jerih perih sepanjang kami berdua membina empayar.

“Apa yang kami perolehi ketika ini bukan mudah kerana banyak air mata yang tumpah sepanjang membangunkan jenama Asyikin Exclusive.  Paling istimewa, fokus rancangan ini adalah pengembaraan mengenal budaya masyarakat Cina di negara Tembok Besar China,” ujar Nur Asysikin.

Jelas Pengasas Asyikin Exclusive ini, lokasi penggambaran rancangan tersebut yang diadakan di China memberi pengalaman baru kepada penonton.

“Hal ini kerana ia lokasi yang dipilih adalah lokasi baru dan bukanlah wish list tumpuan pelancong. Namun begitu, lokasi-lokasi tersebut menyimpan seribu satu khazanah budaya dan alam yang sangat indah untuk dikunjungi.

“Pasti sahaja keunikan pengembaraan membuatkan penonton terpukau dan kagum dengan keindahan budaya serta pemandangan di sana,” katanya.

Dengan sembilan episod keseluruhannya, Nur Asysikin terharu dengan sambutan penonton meskipun rancangan tersebut baru empat episod ditayangkan.

Pasti sahaja perasaan manis itu dikongsi bersama suami tercinta, Ishaq yang merupakan individu kedua dalam rancangan tersebut.

Menurut Ishaq, Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua merupakan satu catatan peribadi terindah yang dikongsi untuk tatapan penonton.

“Kami menerima maklumbalas yang memberangsangkan dan bersyukur kerana rancangan tersebut mendapat tempat di hati penonton.

"Selain perkongsian antara dua budaya, banyak elemen kejutan menarik dalam rancangan tersebut.

“Ia menjadi satu perkongsian bernilai kami dalam usaha membangunkan empayar tekstil ini. Untuk kita sukses, banyak hakikat pahit yang terpaksa kami telan dan terus cekal bersaing dalam pasaran fesyen,” kata pengasas BaBaNyonya Shop ini.

Artikel ini dipetik dari http://www.sinarharian.com.my/

Tuesday 29 November 2016

Ayam Masak Palembang


Bahan-bahan:
4 senduk nasi bawang besar (kisar)
2 senduk nasi bawang putih (kisar)
2 senduk nasi cili kering (kisar)
1 inci halia (kisar)
1/2 kilo santan
5 batang serai (dititik)
6 tangkai daun kari
Kicap (kalau boleh kicap manis)
1 ekor ayam

Cara-cara:
  • Perap ayam dengan halia yang dikisar dan bawang bawang putih.
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili. Biarkan garing dan naik bau.
  • Masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sekejap.
  • Masukkan santan, kicap, serai dan daun kari (kicap dibubuh sesedap rasa masin dan manis dan berwarna hitam pekat).
  • Masak sampai empuk dan angkat.

Monday 28 November 2016

Kesan Sampingan Jika Terlebih Minum Air Detoks Lemon

BAGI yang sedang diet air lemon ini memang tak asing lagi. Ia menjadi sebahagian minuman untuk tujuan detoks membuang toksin yang juga salah satu cara untuk menurunkan berat badan.

Botol air berisi hirisan lemon ini selalunya bekalan wajib mereka yang berdiet hingga kadang-kadang ada yang membawa beberapa botol besar untuk minuman seharian di tempat kerja.

Tapi tahukah anda bahawa air lemon ini kalau diminum berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh.

Tiga perkara berikut mungkin anda alami jika mengambilnya terlalu banyak. Kurangkan pengambilannya jika kesan ini sudah anda rasai.

1. Hakisan gigi
Terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti air lemon bergelas-gelas akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid.
Ia mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Bagi melindungi gigi ketika minum minuman berasid sebaiknya gunakan straw.

2. Pedih ulu hati
Minum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati. Ia akan menjadi lebih serius jika anda pernah mengalaminya sebelum ini.
Pedih ulu hati ini akan menyebabkan rasa panas dan juga sakit di bahagian dada. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid untuk mengelak serta mengurangkan simptom pedih ulu hati.

3. Kerap buang air dan dehidrasi
Ini juga salah satu kesan sampingan yang mungkin anda alami jika terlebih minum air lemon. Buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Nutrien ini memang bersifat diuretik yang bermakna ia meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.

Sekiranya anda merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk segera kurangkan pengambilan air lemon.

Apa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan tak elok, jadi bersederhanalah. jangan kerana mahu kurus cepat, penyakit lain pula yang datang.

Sunday 27 November 2016

Kesan jika selalu tengking anak

MENDIDIK dan membesarkan anak bukan satu yang mudah. Selain kasih sayang, ibu bapa juga perlukan kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan tingkah laku anak.


Tatkala berdepan dengan kerenah anak yang tidak berkenan di mata, kesabaran ibu bapa ada masa terhakis juga. Memukul mungkin tidak tapi ramai ibu bapa hari ini yang menjerit dan menengking anak.

Anak yang setiap hari dihadapkan dengan cara didikan ibu bapa yang menjerit dan menengking ini sebenarnya memberi kesan negatif pada perkembangan diri mereka dalam jangka masa panjang. Antaranya adalah seperti berikut.

1.Memberontak
Anak memerlukan dorongan positif dalam hidup, mereka perlu diberi peluang untuk meneroka dan mencuba perkara baru. Tegahan dan sikap ibu bapa yang selalu marah dan melarang sebenarnya akan membuat mereka tertekan secara emosional dan sampai satu tahap tak mustahil dirinya memberontak.

2. Menakutkan anak
Ibu bapa mungkin bercakap dengan anak dalam nada tinggi dengan maksud untuk memberi peringatan. Tapi sebenarnya bagi anak-anak kecil ia menjadi pengalaman yang menakutkan dan mengancam keselamatan mereka. Malah boleh menimbulkan perasaan trauma.  

3. Jadi sebahagian sikap anak
Anak meniru perbuatan orang tua mereka. Jika ibu bapa membesarkan anak dengan persekitaran penuh jeritan  maka anak juga akan dibentuk dengan sikap demikian.
Tak mustahil anak tak rasa satu kesalahan bercakap dengan ibu bapa dengan nada suara yang tinggi. 

4. Hilang keyakinan diri
Akibat selalu dimarah, ditegah dan ditengking lama kelamaan keyakinan diri anak terhakis. Dia jadi rendah diri dan sentiasa takut untuk berdepan perkara baru.

5. Masalah tingkah laku
Anak yang kerap dijerit dan ditengking membesar menjadi seorang yang kasar, kurang sabar dan amarah. Mereka mungkin akan dilihat oleh orang luar sebagai bersikap kurang ajar.


Ibu bapa sudah tentu tidak mahu anak berakhir dengan semua sikap negatif ini, jadi sebaiknya hentikan kebiasaan sukar menjerit dan menengking anak. Sentiasa ingat kesan ini setiap kali hendak bersuara pada anak.


Artikel ini dipetik dari blog www.vanilakismis.com.my

Saturday 26 November 2016

Sikap ayah terhadap isteri hamil pengaruhi bayi

PERNAH tak anda perasan si kecil yang baru menginjak usia setahun sudah semakin bijak dan adakalanya menunjukkan kelakuan seperti orang dewasa. Kadang kala perangainya saling tak tumpah seperti si ayah!


Si kecil sudah pandai bersuara garang dan meninggi suara, padahal tak pernah pula kita mengajar dia berkelakuan sedemikian. Dalam fikiran mulalah terbayang ini mesti pengaruh kawan-kawan yang sama tinggal di taska atau rumah pengasuh.

Sebenarnya tanpa kita sedari, tindak tanduk kita sendiri yang telah mempengaruhi dan membentuk karektor si anak. Sebab itu orang selalu pesan kalau tengah mengandung, ibu perlulah menjaga kelakuan dan kata-kata. Takut nanti anak dalam kandungan ikut perangai yang tak elok.

Tetapi kita lupa bahawa bukan ibu sahaja yang perlu menjaga perilaku sebaliknya bakal ayah juga perlu menjaga perangai dan tindak-tanduknya terhadap isteri yang sedang hamil.
Perkongsian daripada Dr.Suriyakhatun, seorang pakar homeopati sangat menarik untuk dijadikan panduan kepada bakal ibu dan ayah sekalian.

Menurut beliau perangai dan tindak-tanduk ayah terhadap isterinya dan perasaan serta emosi ayah semasa ibu sedang mengandung akan mempengaruhi bayi yang dikandung! Emosi ayah semasa ibu mengandung mempengaruhi perkembangan anak yang dikandung.
Beliau yang menghadiri bengkel Homeopathy di Cyberjaya University College of Medical Sciences turut tertarik dengan perkongsian daripada salah seorang pensyarah jemputan iaitu Professor Dr Parinaz Humranwala.

Dr Parinaz telah menghasilkan sebuah software yang boleh menganalisa 'temperament' seseorang dan dikaitkan dengan ubat homeopati yang serasi.
Dr. Suriyakhatun memberitahu pengalamannya menemui ramai ibu hamil yang tertekan dengan suami mereka dan mengadu tentang perbuatan suami sepanjang mereka mengandung.

"Ada kalanya saya akan panggil suami mereka untuk terangkan kepadanya supaya lebih prihatin dan berikan perhatian yang lebih kepada isteri serta sabar melayan kerenah isteri yang sedang mengandung namun tidak semua suami boleh terima apa yang saya katakan."
Kongsinya lagi, Dr Parinaz turut menceritakan sebuah kisah seorang suami yang pemabuk (di India) dan sering memukul isterinya setiap malam setelah balik dari 'bar' . Keesokan paginya dia amat menyesal dan berjanji tidak akan buat namun tetap mengulanginya juga.
Semasa isterinya mengandung, isterinya membuat keputusan untuk lari dari rumah maka semasa tujuh bulan mengandung dia berpindah ke bandar lain dan mengutus email kepada suaminya memberitahu untuk menuntut cerai dan tidak akan balik lagi.

Semasa anak lelakinya berumur 5 tahun, anaknya telah memukul ibunya pada waktu tengah malam dan keesokan pagi, apabila ibunya bertanya dia menjawab betapa dia sayang sangat kepada ibunya dan tidak pernah dan tidak akan memukul ibunya.

Nyata perbuatan memukul si ibu di tengah malam tidak disedarinya. Mujurlah Dr Parinaz berjaya merawat emosi pelik anak ini dan bagi anak ini. Perangai pelik ini mungkin telah diturunkan kepadanya oleh si ayah semasa ibunya mengandung dahulu.

Apa jua pengaruh buruk yang berlaku semasa ibu mengandung mempengaruhi kandungan dan jangan ingat hanya emosi sahaja yang boleh terjejas, mungkin ada juga fizikal yang akan terjejas!


Artikel dipetik dari blog http://www.majalahpama.my/

Friday 25 November 2016

Fenomena supermoon ada hikmah sendiri

    Supermoon
FENOMENA supermoon atau bulan penuh perigee mempunyai hikmah yang tersendiri walaupun sering dikaitkan dengan musibah air pasang besar, kata seorang ahli falak.

Ketua Unit Cerapan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak menjelaskan fenomena itu merupakan proses pemulihan melibatkan empat nilai yang diperlukan makhluk di muka bumi ini.

"Satu proses di mana berlakunya proses resapan empat nilai iaitu nilai tumbuh, nilai tambah, nilai subur dan nilai pengembangan untuk 17,000 jenis makhluk di darat dan laut, jadi supermoon ada hikmahnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perdagangan Pontian, di Pontian, hari ini.

Supermoon bukan beban, bukan untuk menambah tekanan atau hendak meraih banyak peruntukan untuk tinggikan benteng tapi itu keperluan benda-benda hidup untuk terus dipulihkan," kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, air pasang hanya akan berada dalam keadaan membimbangkan sekiranya berlaku penolakan angin barat serta hujan lebat.

"Semalam 14 November bersamaan 14 Safar, jadi berlaku bulan penuh purnama yang mana detik bulan hampir dengan bumi, maka di situ berlaku detik tolakan kuat kepada permukaan laut yang membawa kesan air pasang tinggi yang melimpah," kata Hanafiah.

"Sungguhpun begitu, Alhamdulilah, (hari ini) air tidak melimpah. Walaupun pada ketinggian 3.8 meter tetapi ia tidak melimpah kerana Allah beri pertolongan, angin barat tidak bertiup ketika air pasang tinggi, itulah bezanya," kata beliau.

Tambahnya, fenomena air pasang besar yang berlaku ini dijangka berakhir Jumaat ini.

"Fenomena ini berlaku biasanya 12 hari setiap bulan iaitu tiga hari di awal bulan, tiga hari di hujung bulan, tiga hari sebelum dan selepas pertengahan bulan Islam," kata Hanafiah.

Bagi fenomena bulan penuh atau supermoon, ia berlaku setiap 18 tahun sekali dan dijangka berlaku pada tahun 2034. - Bernama


Artikel ini dipetik dari http://www.sinarharian.com.my/rencana/fenomena-supermoon-ada-hikmah-sendiri-1.586287 pada 15 November 2016

Thursday 24 November 2016

Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengahtengah langit (sebelum menjelang Zuhur). 

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

1. Lafaz niatnya;
“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha.

2. Doa selesai solat Dhuha;
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.” 


Dipetik dari buku Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan.

Wednesday 23 November 2016

SYoknya Sedekah


Sedap cerita ni..just sharing😊

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN




Di pintu masuknya,dia menulis Rm 10.00/orang tapi tidak ada 1 orang pun yang masuk.....

Kerana beberapa lama tidak ada pengunjung maka harga tiket pun dia turunkan menjadi Rm7.00.. dan tetap tidak 1 orang pun mahu masuk....

Disebabkan masih tidak tidak ada juga pengunjung akhirnya ia turunkan menjadi Rm3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang masuk !!

Akhirnya di tulislah pengumuman:
*"MASUK PERCUMA"*
Kemudian banyak orangg yang berebut-rebut masuk.

Ketika pengunjung di dalam penuh, si owner ini membuka semua pintu kandang binatang buas Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah di Kunci !

(Lalu Di pintu keluar di tulis:
*"Keluar Bayar Rm100.00 !!"*

Banyak orang berebut bayar..

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, pengambilan nutrisi yang cukup untuk kesihatan ( senaman, minum air putih, dan sebagainya) didalam usaha pencegahan penyakit, masih ramai yang tidak mahu lakukan...

Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya pembiayaan HOSPITAL, pasti akan dibayarnya, sekalipun terpaksa menjual asset atau berhutang dan cari sumbangan.

Sihat lebih baik daripada sembuh..
Kerana Sihat itu murah

Begitu juga seperti bab sedekah..masa hidup RM100 tu tersangat berat nak keluarkan..tetapi bila dah berada di alam barzakh..agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah..
Renung2kan..

Tuesday 22 November 2016

5 Kelebihan Bersedekah

Sedekah (Bahasa Arab:صدقة; transliterasi: sadakah) adalah pemberian seorang Muslim kepada orang lain secara sukarela dan ikhlas tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Sedekah lebih luas dari sekadar zakat mahupun infak. Kerana sedekah tidak hanya berarti mengeluarkan atau menyumbangkan harta. Namun sedekah merangkumi segala amal atau perbuatan baik. Dalam sebuah hadis digambarkan, “Memberikan senyuman kepada saudaramu adalah sedekah.”



Daripada Salman al-Farisi ra, Rasulullah saw telah bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya di hadapan Allah memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong.”
 Riwayat Tirmizi


Seperti yang diajarkan baginda Rasulullah saw, mintalah. Walaupun bukan meminta untuk diri sendiri, kita masih boleh meminta untuk orang-orang di sekeliling kita; ayah, ibu, abang, kakak, adik, mak cik, pak cik, kawan, pemandu teksi, penjual buku, dan sesiapa sahaja yang dekat dengan kita.

Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima. 

Tetapi, ada ketika kita akan keluarkan pernyataan begini, “Aku banyak membuat dosa. Aku orang jahat. Bagaimana aku mahu meminta kepada Allah? Aku malu….”

Saya juga pernah rasa begini, malu hendak meminta kepada Allah yang sangat malu untuk tidak memberi. Pernah, saya langsung tidak menadah tangan dan berdoa kerana terlalu segan dengan dosa sendiri yang menggunung.

Rasa itu berterusan sehinggalah saya menjumpakan sebuah video oleh Ustaz Yusuf Mansur, seorang pendakwah di Indonesia mengenai sedekah. Katanya, “berilah untuk meminta.”

Saya tertanya sendiri, ‘Apa yang dimaksudkan dengan memberi ini? Bagaimana dengan memberi, aku boleh meminta?’ Maka, disampaikan lagi sepotong hadith yang berbunyi, daripada Hadi bin Hatim, Rasulullah saw bersabda:

“Takutlah kamu akan azab neraka walaupun dengan sedekah setengah biji kurma.”
 Riwayat Imam al-Bukhari

Menungan saya semakin panjang. Selepas itu, Ustaz Yusuf kongsikan lagi mengenai kebaikan sedekah, yang membuatkan saya menangis tersedu-sedu.



1) Mendatangkan Keampunan Allah

Saya menangis apabila ustaz sampaikan kebaikan pertama daripada sedekah ini. Berulang-ulang kali, saya memberitahu diri, “Sungguh, aku boleh meminta ampun. Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan aku ya Allah.”

Waktu itu juga, saya putuskan menghubungi semua orang yang belum melangsaikan hutang mereka dengan saya. Banyak manapun jumlahnya, saya halalkan semua. Niat saya hanya satu, semoga Allah ampunkan dosa saya.

Setiap kali bersedekah, saya ucapkan dalam hati, ‘Dengan namamu aku beri sedekah ini ya Allah. Aku mohon, ampunkan dosa-dosaku wahai Tuhan yang Maha Pengampun.’

2) Mengundang Penambahan Rezeki

Sesudah Allah memberi ampun, maka datanglah rezeki tidak disangka-sangka seperti yang dia janjikan. Ia bukan janji kosong, sebab ia perkara yang Allah janjikan.

Tidak perlu menunggu lama, satu per satu hasrat yang saya pasang untuk tahun 2015 tercapai. Bermula dengan kelulusan manuskrip terbaru, diikuti dengan tempoh penerbitan yang super pantas.

Semuanya benar-benar hal luar jangka. Laluan bagi saya menjadi trainer penulisan juga perlahan-lahan terbuka. Subhanallah!

3) Menyembuhkan Penyakit

Sepertimana Allah menjanjikan rezeki tidak tersangka, kesembuhan daripada penyakit luar biasa juga termasuk dalam kategori ini. Rezeki sihat.

Sewaktu bercerita dengan seorang sahabat mengenai sedekah, rakan saya kongsikan sebuah cerita. Katanya, ada seorang sahabat yang mendapat sakit yang rawatannya perlu kepada belanja besar.

Lalu, apabila didengarkan dengan kebaikan sedekah, dengan yakin dia sedekahkan seluruh wang yang dia miliki (asalnya untuk belanja kos perubatan).

Rezeki, tidak lama selepas itu hasil diagnosis sakitnya sudah berkurang satu tahap. Apabila dia menambah jumlah sedekahnya, dengan izin Allah sakitnya langsung sembuh. Saya terdiam mendengar cerita itu. Allah memang hebat!

4) Menolak Bala

Ramai yang terlupa, nikmat yang paling besar dalam rezeki adalah diberi kemudahan urusan dan dijauhkan bala. Melalui sedekah, kita menunaikan peranan saudara, iaitu memudahkan urusan orang lain. Maka, Allah membalasnya dengan memudahkan pula urusan kita, jika itu yang Dia kehendaki.

Pernah dengar cerita orang yang terselamat dari kemalangan dahsyat sejurus dia melakukan kebaikan sedekah? Saya yakin, pasti ada.

5) Memanjangkan Umur

Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
 Riwayat Bukhari


Alangkah indahnya apabila hati kita bersih daripada sikap sombong, takbur dan bangga diri. Semoga dengan sedekah kita, ia menjauhkan kita daripada penyakit-penyakit hati ini, pada ketika Tuhan rezekikan kita umur yang panjang. Amin.


Dipetik dari http://tazkirah.net/

Monday 21 November 2016

Air Karat Membahayakan Diri Sendiri

Setiap manusia memerlukan air yang bersih dan suci. Ia penting dalam kesihatan setiap individu. Kebanyakan masyarakat sekarang gemar air yang sudah ditapis dan air yang telah diklorinkan oleh kerana pencemaran air. Karat sering dijumpai di dalam besi paip air kerana besi akan berkarat apabila ia bertemu dengan oksigen dan air. Karat tidak akan membawa apa-apa bahaya kepada badan kerana besi yang teroksida adalah nutrisi. Walaubagaimanapun, air yang terlebih karat adalah tidak menarik dan kotor. 



Basuh baju
Air karat yang berwarna merah atau coklat dan jika jumlah karat itu berlebihan, air akan rasa tidak sedap. Jika kita menggunakan klorin untuk menghilangkan kotoran di baju tersebut, ia boleh menyebabkan kotoran itu kekal lama. 

Besi
Kandungan besi dalam air adalah nutrisi yang diperlukan dalam badan manusia. Besi adalah sihat untuk badan kerana ia membantu membawa oksigen ke darah. Sumber dari Pentadbiran Sumber Semulajadi mengatakan baju yang dibasuh dengan air karat boleh mengotorkan baju tersebut.

Bakteria
Jika air karat itu sudah lama ada, bakteria akan mula hidup dan berkumpul dalam air karat. Apabila kes seperti ini timbul, air perlu diberi rawatan dengan cepat kerana kolifom bekteria akan muncul. Hakisan dan retak dan paip akan membuatkan paip air bocor dalam rumah. Jika rumah itu banjir, air yang rosak itu boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Kesihatan
Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika boleh elakkan daripada minum air karat walaupun ia tidak membahayakan kesihatan. Jangan minum air karat terlalu banyak kerana ia mungkin membuatkan anda rasa sakit.

Sunday 20 November 2016

(CT) Scan

A computerized tomography (CT) scan combines a series of X-ray images taken from different angles and uses computer processing to create cross-sectional images, or slices, of the bones, blood vessels and soft tissues inside your body. CT scan images provide more detailed information than plain X-rays do.



What are some common uses of the procedure?

CT imaging is:

  • one of the fastest and most accurate tools for examining the chest, abdomen and          pelvis because it provides detailed, cross-sectional views of all types of tissue.
  • used to examine patients with injuries from trauma such as a motor vehicle accident.
  • performed on patients with acute symptoms such as chest or abdominal pain or difficulty breathing.
  • often the best method for detecting many different cancers, such as lymphoma and cancers of the lung, liver, kidney, ovary and pancreas since the image allows a physician to confirm the presence of a tumor, measure its size, identify its precise location and determine the extent of its involvement with other nearby tissue.
  • an examination that plays a significant role in the detection, diagnosis and treatment of vascular diseases that can lead to stroke, kidney failure or even death. CT is commonly used to assess for pulmonary embolism (a blood clot in the lung vessels) as well as for aortic aneurysms.
  • invaluable in diagnosing and treating spinal problems and injuries to the hands, feet and other skeletal structures because it can clearly show even very small bones as well as surrounding tissues such as muscle and blood vessels.

In pediatric patients, CT imaging is often used to evaluate:

  • lymphoma
  • neuroblastoma
  • kidney tumors
  • congenital malformations of the heart, kidneys and blood vessels
  • cystic fibrosis
  • complications of acute appendicitis
  • complications of pneumonia
  • inflammatory bowel disease
  • severe injuries

Radiologists and radiation oncologists often use the CT examination to:

  1. quickly identify injuries to the lungs, heart and vessels, liver, spleen, kidneys, bowel or other internal organs in cases of trauma.
  2. guide biopsies and other procedures such as abscess drainages and minimally invasive tumor treatments.
  3. plan for and assess the results of surgery, such as organ transplants or gastric bypass.
  4. stage, plan and properly administer radiation treatments for tumors as well as monitor response to chemotherapy.
  5. measure bone mineral density for the detection of osteoporosis.


This info taken from thttp://www.radiologyinfo.org/

Saturday 19 November 2016

Magnetic Resonance Imaging (MRI)

Magnetic resonance imaging (MRI) is a type of scan that uses strong magnetic fields and radio waves to produce detailed images of the inside of the body. An MRI scanner is a large tube that contains powerful magnets. You lie inside the tube during the scan.



What shows up on an MRI?
An MRI, or magnetic resonance imaging, is a highly technical and informative way of imaging the human body. The images that are created can be very useful to your doctors for detecting structural abnormalities of different organs, inflammation of soft tissue, and tears of muscle or ligaments, among other problems.



Why MRI test is done?
Magnetic resonance imaging (MRI) is done for many reasons. It is used to find problems such as tumors, bleeding, injury, blood vessel diseases, or infection. MRI also may be done to provide more information about a problem seen on an X-ray, ultrasound scan, or CT scan.

What is an MRI with contrast?
When injected into the body, gadolinium contrast medium makes certain tissues, abnormalities or disease processes more clearly visible on a magnetic resonance imaging (MRI) scans. Gadolinium based contrast medium is sometimes called an MRI contrast medium or agent.

Can you eat and drink before an MRI?
On the day of your MRI scan you should be able to eat, drink and take any medication as usual, unless advised otherwise. In some cases, you may be asked not to eat or drink anything for up to four hours before the scan, and sometimes you may be asked to drink a fairly large amount of water beforehand.

Friday 18 November 2016

Focal Cortical Dysplasia (FCD)

Focal cortical dysplasia (FCD) is a congenital abnormality of brain development where the neurons in an area of the brain failed to migrate in the proper formation in utero. Focal cortical dysplasia is a common cause of intractable epilepsy in children and is a frequent cause of epilepsy in adults.

Both genetic and acquired factors are involved in the pathogenesis of cortical dysplasia. Numerous classifications of the complex structural abnormalities of focal cortical dysplasia have been proposed – from Taylor et al. in 1971 to the last modification of Palmini classification made by Blumcke in 2011. In general, three types of cortical dysplasia are recognized.
Type I focal cortical dysplasia with mild symptomatic expression and late onset, is more often seen in adults, with changes present in the temporal lobe.
Clinical symptoms are more severe in type II of cortical dysplasia usually seen in children. In this type, more extensive changes occur outside the temporal lobe with predilection for the frontal lobes.
New type III is one of the above dysplasias with associated another principal lesion as hippocampal sclerosis, tumor, vascular malformation or acquired pathology during early life.
Brain MRI imaging shows abnormalities in the majority of type II dysplasias and in only some of type I cortical dysplasias.


The most common findings on MRI imaging include: focal cortical thickening or thinning, areas of focal brain atrophy, blurring of the gray-white junction, increased signal on T2- and FLAIR-weighted images in the gray and subcortical white matter often tapering toward the ventricle. On the basis of the MRI findings, it is possible to differentiate between type I and type II cortical dysplasia. A complete resection of the epileptogenic zone is required for seizure-free life. MRI imaging is very helpful to identify those patients who are likely to benefit from surgical treatment in a group of patients with drug-resistant epilepsy.
However, in type I cortical dysplasia, MR imaging is often normal, and also in both types the lesion seen on MRI may be smaller than the seizure-generating region seen in the EEG. The abnormalities may also involve vital for life brain parts, where curative surgery will not be an option. Therefore, other diagnostic imaging techniques such as FDG PET, MEG, DTI and intra-cranial EEG are widely used to establish the diagnosis and to decide on management.
With advances in both genetics and neuroimaging, we may develop a better understanding of patients with drug-resistant epilepsy, which will help us to provide more successful pharmacological and/or surgical treatment in the future.

Thursday 17 November 2016

Joseph Collier's Dilemma

"In this drive of mine to expand,

I'M AFRAID I'VE NEGLECTED MY HEALTH.

It's the only thing I still want,

but I can't have it."

This quote is from a man called
Joseph Collier who started the
United Drapery chain in the UK with
a 100-dolar investment and built
a multi-million-dollar
business empire.

Unfortunately, he ruined his health and lost his future in the process
United Drapery is long gone.
Collier died young,
shortly after making his quote.
He couldn't take a penny of his wealth with him!

Make sure you are chasing the things you really want.

IMPRESS YOURSELF !



This quoted taken from the book of Mark McKeon's Life Tips

Wednesday 16 November 2016

The “WDEP” System

Dalam entry sebelum ini, saya membincangkan berkenaan perkataan MOTIVATION.

Jadi dalam entry ini, saya kongsikan secara ringkas berkenaan dengan sistem WDEP.

WDEP merupakan akronim strategi dalam Terapi Realiti yang digunakan oleh kaunselor untuk menolong klien; Glasser (1965, 1990) dan Wubbolding & Brickell (1999)
Wubbolding & Brickell (1999) menyatakan:

        1) W  Wants (merujuk kepada wants, needs and perceptions (kehendak, keperluan dan persepsi). 
            What do you want to be and do?
    Your “picture album”

        2) D  Doing and Direction (merujuk kepada directions and doing (terarah dan lakukan). 
            What are you doing?

            Where do you want to go?

        3) E  Evaluation (merujuk kepada evaluation (penilaian) ) 
            Does your present behavior have a reasonable chance of getting you what you      
            want?

        4) P  Planning – “SAMIC” (merujuk kepada planning and commitment (pelan bertindak dan komitmen)).

             S   Simple              Easy to understand, specific and concrete
             A   Attainable          Within the capacities and motivation of the client
             M  Measurable        Observable and helpful changes
              I   Immediate         What can be done today?
                  Involved            What can you do?
             C    Controlled         Can you do this by yourself  or  will you depend on others?


Jadi, berdasarkan sistem WDEP ini, kita lebih jelas dengan perjalanan untuk mencapa motive kita sendiri.

"Godek...Godek...Godek...sampai jadi"