Wednesday 23 November 2016

SYoknya Sedekah


Sedap cerita ni..just sharing😊

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN




Di pintu masuknya,dia menulis Rm 10.00/orang tapi tidak ada 1 orang pun yang masuk.....

Kerana beberapa lama tidak ada pengunjung maka harga tiket pun dia turunkan menjadi Rm7.00.. dan tetap tidak 1 orang pun mahu masuk....

Disebabkan masih tidak tidak ada juga pengunjung akhirnya ia turunkan menjadi Rm3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang masuk !!

Akhirnya di tulislah pengumuman:
*"MASUK PERCUMA"*
Kemudian banyak orangg yang berebut-rebut masuk.

Ketika pengunjung di dalam penuh, si owner ini membuka semua pintu kandang binatang buas Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah di Kunci !

(Lalu Di pintu keluar di tulis:
*"Keluar Bayar Rm100.00 !!"*

Banyak orang berebut bayar..

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, pengambilan nutrisi yang cukup untuk kesihatan ( senaman, minum air putih, dan sebagainya) didalam usaha pencegahan penyakit, masih ramai yang tidak mahu lakukan...

Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya pembiayaan HOSPITAL, pasti akan dibayarnya, sekalipun terpaksa menjual asset atau berhutang dan cari sumbangan.

Sihat lebih baik daripada sembuh..
Kerana Sihat itu murah

Begitu juga seperti bab sedekah..masa hidup RM100 tu tersangat berat nak keluarkan..tetapi bila dah berada di alam barzakh..agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah..
Renung2kan..

No comments:

Post a Comment