Air putih merupakan
salah satu minuman segar dan sangat baik untuk kesihatan bagi seluruh anggota
tubuh Anda. Tidak boleh di bayangkan, jika tubuh kekurangan cairan atau air
putih dalam jangka waktu yang lama. Haus adalah salah satu respon tubuh badan
yang memerlukan air. Secara Faktanya, seluruh organ tubuh manusia memerlukan
cairan atau air dalam jumlah yang cukup untuk menyokong pelbagai aktiviti
harian yang dilakukan. Waktu yang terbaik untuk kita mula melengkapkan
keperluan air putih adalah pagi hari setelah kita bangun tidur. Mengapa?
Kerana kita kehilangan banyak cairan sewaktu tidur. Jadi adalah sangat
digalakkan untuk minum air putih pada waktu pagi sejurus kita bangun dari
tidur. Selain itu, masih ada 6 manfaat di bawah ini yang perlu Kita ketahui.
1. Kulit akan lebih sihat
Kerana mengambil air putih
boleh membantu kita membuang toksik di dalam tubuh, maka kulit pun akan menjadi
tidak kusam lagi. Bahkan pengambilan air putih setiap pagi selepas bangun tidur
boleh membantu membersihkan toksik dalam darah sehingga wajah kita nampak lebih
muda dan ceria.
2. Membantu proses pembentukan
Otot Dan Sel-Sel Darah kita
Apabila anda merasa gelisah,
pening dan anemia, ada baiknya minum air dalam jumlah yang cukup. Dengan
begitu, kita boleh membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu
pembentukan sel otot.
Minum air putih di pagi hari
bermanfaat untuk memperbaharui organ otot serta seluruh sel darah di
tubuh.
3. Menyeimbangkan Sistem Limpa
Minum Air putih di pagi hari
boleh membantu menyeimbangkan sistem limpa kerana air boleh memaksimumkan
fungsi tubuh kita dalam seharian, menyeimbangkan cecair tubuh dan mencegah
jangkitan.
4.Melangsingkan Tubuh
Berat badan yang ideal
merupakan impian setiap orang. Bagi kita yang ingin berat badan yang baik, maka
mulalah dengan melengkapkan keperluan air putih di pagi hari.
5.Membersihkan Usus dan
Memiliki buah pinggang Yang Lebih Sihat
Usus besar merupakan salah
satu organ di sistem pencernan kita. Dengan meminum air dalam keadaan perut
kosong, kita membantu membersihkan usus dan buah pinggang kembali
dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk selepas itu.
6. Melawaskan sistem
percernaan
Bagi seseorang yang mengalami
sembelit atau sukar membunag air besar di pagi hari, maka sebaiknya meminum air
putih (Bismillah & Selawat dulu ya) sejurus selepas bangun
tidur iaitu bertujuan untuk membantu melancarkan sistem percernaan.
Taraaaaa...kalau dah
baca pelbagai manfaat minum air putih ini, tetapi masih malas
mempraktikanya? Ermmmm.. tak tahu la nak cakap. Salah satu tipsnya adalah
setelah bangun tidur, daripada mengambil remote TV, lebih baik ambil segelas
air putih untuk kesihatan Kita.
“Tepuk
Dada, Bangun Tidur, Minum Air putih, Badan Sihat,
In Sha Allah.”
In Sha Allah.”
No comments:
Post a Comment