Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan motivasi membawa maksud:
1. keinginan yang keras
atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha
atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan: sikap dan ~
terhadap pembelajaran sesuatu bahasa merupakan faktor penting yang menentukan
kejayaan seseorang pelajar yang mempelajari sesuatu bahasa;
2. sesuatu yang membuat
atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat: dalam
temu duga juga, kaunselor dikehendaki memberikan ~ supaya klien bekerjasama
dengannya; bermotivasi mempunyai motivasi, ada motivasinya: kebanyakan remaja
begitu ~ untuk mengikuti latihan; memotivasikan memberikan dorongan, galakan,
semangat, dan sebagainya untuk melakukan sesuatu, mendorongkan, membangkitkan,
menggalakkan: setiap orang mestilah ada rancangan untuk ~ diri sendiri demi
kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~ para pekerja.
Jadi ramai antara kita yang sentiasa mengatakan yang diri kita bermotivasi tinggi
tetapi tidak tahu cara untuk mengendalikan motivasi yang ada pada diri kita.
Cuba kita pejam mata seketika dan fahamkan maksud sebenar disebalik perkataan
MOTIVATION.
Haaaa.. dapat tak? kalau tak dapat meh saya kongsikan apa yang saya dapat dan
faham.Sebenarnya dalam perkataan Motivation terdapat dua lagi perkataan iaitu
Motive & Action(s).
Hidup kita ini perlu ada Motive supaya kita tahu apa yang kita mahukan. Tetapi jika
hanya sekadar tahu motive kita sahaja tanpa melibatkan apa-apa tindakan (actions),
motive akan tinggal motive sahaja dan kita tidak akan dapat mencapainya.
Jadi,mulai hari ini, senaraikan motive dalam hidup kita dan senaraikan juga apa
tindakan-tindakan kita untuk mencapai apa yang kita mahukan.
In Sha Allah, post seterusnya saya akan kongsikan teknik WDEP yang membantu kita
mencapai motive kita.
Waw Tq Ajar Sya
ReplyDelete